cerita ini saya tujukan khas untok imah dan sue yg takdela jauh dimata takdela dekat dihati :-"
tak dilupakan juga saya tujukan molek2 kat mak, ayah, kaklong, dan banglang kat kg pasir ambor yg byk pokok kelape tuh dgn ucapan : "rumah ituh syurgaku".. [homsik]
Realiti dalam hidup..
Anda tentu pernah menyintai seseorang bukan?? Saya pasti, apabila cinta itu tidak dibalas anda tentu merasakan diri andalah orang yang paling malang di dalam dunia ini. Bukankah begitu?
Siapakah aku ? Cinta aku tidak terbalas?? Bukan.. bukannya begitu. Tetapi, nasib ku lebih malang daripada anda.. tak percaya??? Cinta aku di balas tetapi...
"boleh putuskan hubungan kamu dengan Ken?", suaranya begitu menusuk hatiku.
"Tetapi kenapa?", tanyaku kembali.
"Kamu adalah daripada dunia yang berlainan..", katanya kembali. Aku terkedu. Aku tidak tahu bagaimana meneruskan perbualan aku dengannya.
"Kami adalah penyembah Buddha, dan kamu sembah Tuhan kamu", sekali lagi dia menikam hatiku dengan kata-kata tajamnya.
"Baiklah, jika itu apa yang auntie mahukan", jawabku. Aku bergegas berlari menuju ke rumahnya. Di situ...
"Kita jadi kawan baik ye?", kataku kepada Ken.
"Kenapa? saya tak pernah cakap pun nak putus dengan awak", katanya agak tegas dan terkejut.
"Tapi.. kami adalah dari dunia yang berlainan", kataku kembali.
"Adakah kerana sindiran mereka ?", soal Ken.
"Tidak...", jawabku perlahan.
"Habis tu?", soalnya kembali. Aku tidak bercadang untuk memberitahunya hal sebenar. Tetapi, maafkan aku, aku tidak dapat menipunya lagi auntie.
"Mak mu telefon saya tadi, katanya.....", aku tidak dapat meneruskan kata-kata.
"Apa dia cakap?”, soalnya dalam separuh kemarahan.
"Katanya.... kita daripada dunia yang berlainan", jawabku lemah.
Hari itu, aku telah menghabiskan masa ku menangis di sisinya. Aku tak sangka di tahun 2005, cinta masih boleh terhalang akibat kita berlainan kaum dan agama. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menipu keluarganya yang kita telah berpisah, tetapi teruskan hubungan ini.
Aku hanya akur kepada kata-katanya. Tetapi siapa sangka, pada hari kedua, dia pula yang meminta kita putuskan hubungan ini sahaja.
"Let's be best friend", katanya kepadaku menerusi komputer . Sungguh tajamnya perkataan itu. Walaupun begitu, aku masih waras. Aku tahu , bagaimanapun aku tidak akan mendapat restu daripada keluarganya.
"Erm... I agree and support what you want", taip ku kembali. Setiap patah perkataan yang ditaip oleh aku menyakitkan hatiku sendiri. Bukannya kerana keegoaan ku untuk bertindak demikian, tetapi kerana aku terlalu mencintainya. Semasa kecil, ibu pernah memberitahuku, jikalau kita betul-betul menyintai seseorang itu, kita harus belajar untuk biarkan mereka bebas berjalan. Pada masa itu, saya betul-betul buntu, tapi sekarang aku betul-betul faham maksud ibuku.
Selepas berhenti berbual dengannya. Aku terus offline. Pada masa itu, aku betul-betul sakit hati. Sampai gelas yang terletak di meja dipecahkan oleh ku. Nasib baik ayah tak tahu sebab aku memasukkan serpihan gelas ke bawah meja semasa dia masuk.
Selepas beberapa minit, telefon bimbitku berbunyi. Ken sms aku. Katanya dia mahukan aku kembali dan menyesal dengan apa yang dikatakan olehnya tadi. Pada masa itu, hati ku seolah-oleh diselamatkan oleh smsnya. Tetapi.... bolehkah hubungan kami berpanjangan? Aku buntu. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menerimanya kembali. Mungkin kerana hati ku terlalu lembut, ataupun kerana aku terlalu menyintainya........
Aku sendiri tahu, hubungan kita tidak akan direstui oleh keluarganya. Tapi aku tidak tahu apa yang boleh ku buat untuk membaiki keadaan. Sememangnya aku amat menyintai dirinya. Sejak dulu lagi....
Mungkin esok, lusa, minggu depan ataupun bulan depan kita dapat bersama. Mungkin juga kita akan berpisah.. aku tidak tahu. Aku merasakan Tuhan sedang mempermainkan diriku. Salahkah aku dilahirkan sebagai seorang melayu dan dia dilahirkan sebagai seorang cina. Mengapakah dunia ini tidak boleh bersatu tanpa mengira bangsa ,kaum dan agama?
Jika tidak boleh... layakkah kita menyatakan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu???? Walau apa jua yang ku luahkan kepada sesiapapun, tiada seorang yang dapat mengubah realiti dalam hidup ku. Aku mula menyesal dengan permintaanku kepada Ilahi semasa hari jadi ku yang ke 16.
"Aku berharap aku akan mempunyai satu kisah percintaan yang luar biasa"
Mungkin ada diantara kamu yang mencaci hubungan aku dengannya, dan ada diantara kamu yang menyangkakan hubungan kami tidak berpanjangan. Aku tidak kisah...
Aku tahu, walaupun apa yang berlaku, aku tetap cintakan kepadanya... kerana diriku... miliknya...
Jikalau suatu hari, aku telah berpisah denganya, tiada sedikit pun rasa menyesal kerana aku pernah bercinta dengannya . Mungkin kita tidak dapat bersama-sama selama-lamanya, tapi aku redha kerana pernah dicintai olehmu...
Aku harap , tiada ibubapa ataupun keluarga yang menyebabkan tragedi in berlaku untuk kali kedua... bolehkah kamu semua tunaikan impian ku?"
[plagiarism?]
References:
[1] Pipita, "http://telatah.com/modules.php?name=News&file=article&sid=6402&mode= &order=0&thold=0", Posted on Sunday, April 17 @ 21:18:13 MYT oleh azr
mood of the moment: perasaan x sabar nak gi strawberry-picking?
song of the moment: jikustik-pandangi lagit malam ini
i wanna be:by your side
No comments:
Post a Comment